Borang Pesanan

Name:
Email Address:
No.H/P
Barang Pesanan Dan Jumlah
Warna Pilihan
Alamat

Put a website form like this on your site.

Sunday, 16 September 2012

Felt-CuBAan PerTAma

Cantik-ayat pertama yang keluar bila tengok kawan sibuk siapkan tempahan berasaskan kain felt..rasa teringin nak mencube..

Tak mustahil boleh buat duit if malam ada masa free cikit..Maklumlah siang kerja.Jika anak tak kacau dan tidur awal,bolehlah saya menjahit felt ni sambil teman suami tengok bola..SO,dengan galakan kawan RIAnurana.blogspot.com..saya mulakan dengan ini....



cubaan pertama

potong-potong dan cantum jadi macam ni

ini lah hasil yang tak seberapa cantik..
Kain ini semua Rianurana yang beri..katanya for testing..if menjadi baru boleh beli..Mengikut harga yang telah diservay  
-Felt 1/4 m = RM 3 shj..(sama dengan 3keping Size A4)
-Benang 1 gulung =RM 0.70 shj
-Jarum jahit sekotak = RM 1.50
-Kain Flannel = RM 6.50/m

Selepas ni nk beli kain flannel dan cantumkan atasnye nama-nama ni...Tunggu.....BANTAL BLOG KAMI...

Tuesday, 11 September 2012

LaGI tEMpAhAN Ita & Joe-BunGa PeNsIL

Ada lagi tempahan dari ita dan joe....

Zhaaaazzzzzhhhh!!!!










Begitulah buat sementara waktu hasil-hasil kerja tangan saya...if ada lagi pasni...saya akan kongsi kan untuk semua...
Jika berminat boleh hubungi saya....013-9581858...

Sunday, 2 September 2012

tAPai PuLut DauN GeTah

Berbanding tahun-tahun sebelum ini..tahun ni lebh banyak ambil tempahan..walau bagaimana pun ada beberapa customer terpaksa ditolak tempahanya kerana tempah di last minute...Harap jangan berkecil hati kerana kami tersangat menjaga kualiti daripada kuantiti...

Tidak ramai yang tahu bagaimana nak buat tapai dan bagi kami orang kampung amat senonim dengan tapai bila tibanya Hari Raya.. Sedikit sebanyak kami ingin berkongsi bagaimana jadinya Tapai Pulut Daun Getah ni...Jom ambil tahu...

Daun Getah
Disebabkan kami duduk di kampung tiada masalah untuk dapatkan daun ni...Ada sesetengahnya pula ambil upah cari daun getah.Kadar upahnya kami tak pasti asalkan dapat daun ni...

Beras Pulut
Beras pulut ni hendaklah dibasuh dan ditoskan..Dan masukkan ke dalam pengukus..

Pulut ni dah separuh masak..kemudian digaulkan dengan air dan dikukus sekali lagi..

Siap untuk digaul ragi...dan biarkan sejuk untuk membungkusnya..

Siap.....oopsst....akibat tak cukup daun getah terpaksalah guna daun jambu sikit..tapi untuk makan dirumah sahaja..Untuk tempahan insyallah kami tetap gunakan daun getah.

Jika ada yang berminat..tempahan terbuka sepanjang tahun namun begitu di musim perayaan nanti digalakkan buat tempahan lebih awal..
Terima Kasih semua..terutama kepada semua pelanggan kami dan ibu saya kerana memberi tunjuk ajar selama ini...Sehingga Ketemu..


Saturday, 1 September 2012

BuNga pEnsEL

Tempahan Dari Jiran. (Ita) 01/09/2012-Sabtu
50 pcs Bunga Pensel untuk Kanak-kanak... 

 Warma Tema : Pink Purple

Seharian bekerja..balik..penat..anak-anak...suami...Namun tak menghalang untuk saya menguji kreativiti saya dalam buat tempahan ni..

Beri masa untuk diri sendiri berkarya dalam bentuk hasil tangan..Walaupun pendapatanye tak seberapa berbanding kraftangan lain namun cukuplah sekadar memenuhi harapan customer..

Terima Kasih yang sudi menerima hasil tangan saya..Sebarang Tempahan Diterima jika berminat..